Gila.

Monday, November 09, 2009
...Macam bunga api sambut Merdeka di Dataran


Gila.

Tu saja gua boleh kata bila tengok dalam TV perlawanan akhir Piala Malaysia antara N9 lawan Kelantan di Bukit Jalil haritu. Tapi sebelum tu, tahniah pada Nogori. Penantian 61 tahun depa berakhir.

Gua minat bola. Gua sokong SingaUtara. Masa bujang dulu, gua dah p rata alam dah tengok bola ni. Kecuali Std Kelantan, Std Terengganu dan Johor. Dan of course la Sabah Sarawak. Mana penah gua p Sabah Sarawak.

Di Std Utama Kangar pun, dah berpuluh2 match gua tengok. Gua start pi stadium tu dari mula std tu dibina dan dibuka untuk Piala Dunia Remaja 1997 sampai sekarang.

Sebelum tu, gua dengan kawan-kawan tengok bola di Stadium Dato Sheikh Ahmad, sebelum terbinanya Stadium Utama Kangar. Taraf stadium ni rasanya kira macam Stadium Kelantan / Terengganu. Asalnya gua p tengok bola ni ikut kawan-kawan saja. Umoq 11 atau 12 tahun lagi abah dan mama dah bagi gua p stadium. Tak macam sekarang. Nak berjalan sorang pun takut kena kidnap. Kena rogol. Kena liwat.

Dulu gua masuk stadium menyelit-nyelit saja. Budak-budak kan. Bila sampai stadium, tumpang la sapa-sapa orang tua yang nak masuk stadium, mengaku la anak dia sat. Dapat la masuk stadium. Free. Pakcik-pakcik / orang tua masa tu pun banyak yang jenih sporting. Org jaga tiket pun sporting. Depa tak kisah pun.

Pernah dulu kami 4-5 orang masuk sekali dengan satu pakcik tu. Dia cakap ni suma anak dia. Walhal memang features masing-masing lain sungguh. Lepas ja pintu masuk, kami pun ucap terima kasih kat dia dan masing-masing bawak haluan sendiri. Sopan santun tetap diutamakan. Budak-budak. Hidup pun mudah. Tak complicated.

Sekarang ni Std Dato Sheikh Ahmad dah dirobohkan. Di"clear"kan struktur stadium dan dijadikan padang terbuka. Dari situlah minat gua untuk tengok bola ni hidup subur. Sampai sekarang. Cuma kurang aktif sebab dah bekeluarga dan ada sepasang "handbag" yang comel.

Masa tu, tadak rusuhan. Tadak mercun. Paling kuat pun maki hamun. Itu pun secara perseorangan. "Player bodo, kaki bangku" tu antara yang biasa kedengaran. Bunyi macam lalat ja. Sebab tu mak bapak gua tak risau gua p stadium. Insyallah selamat.

Satu benda gua perasan, penyokong SingaUtara ni tengok bola macam tengok wayang. Tak reti sorak ramai2. Maki hamun secara perseorangan saja. Yang tau, pakat p stadium, "tengok" bola sambil makan koci. Tak passionate macam kelab2 di England. Atau paling koman pun macam penyokong Selangor atau Kedah.

Gua ingat lagi. Final Piala Malaysia pertama Peghelih, tahun 2004 lawan Kedah (alah yang gol bola baling Jurad tu) nampak sangat penyokong Peghelih memang jakun. Kali pertama masuk final. Kali pertama p Bukit Jalil. Nak sorak apa pun tatau. Nak buat ombak pun tak reti lagi. Tak macam Kedah. Penyokong depa dah established. Dah beberapa kali masuk final. Takut ooo tengok depa. Tapi takdir menentukan. Kedah kalah. Kena pulak gol bola baling. Tapi depa tak merusuh. Frust tu memang frust. Sapa tak frust. Tapi depa masih rasional. Tak bakaq apa2 kat std. Setakat hamput dan maki hamun saja. Biasala orang frust. Tang tu gua tabik.

Berbeza dengan final haritu. Macam-macam kelaku ada. Macam2 mercun ada. Hat tu la yang depa baling di Kangaq haritu. Selain mercun, macam-macam pasukan beruniform pun ada haritu.

Kalau dulu aku tengok bola, yang ada hanyalah Polis, FRU dan Rela, kali ni Bomba pun ada. Agaknya lepas ni kalao ada game lagi, kita kena sedia kakitangan PERHILITAN sama. Bagi kuasa depa bawak senapang dan ubat penenang. Bukan apa, supaya depa dapat tembak dan tangkap buang beruk serta menatang liaq yang terlepas masuk stadium. Tembak bagi pengsan buang. Angkut, lepas tu bawak p zoo. Tinggai ja di zoo.



Bila dikenang-kenang, patutla orang Peghelih mengamuk di Kangaq haritu lepas game separuh akhir haritu. Habih depa katoq puak-puak ni. Kereta dengan bas depa pun habih kena latu dengan batu. Tak tahan sangat la tu. Depa ni mai tempat orang dok buat ghempang**. Rasa jogho habih. Walaupun depa ramai juga di Std Utama Kangar masa tu, tapi tetap kena beringat yang tu tetap tempat orang. Jangan dok mai tunjuk hero. Gua tau apa yang dibuat itu salah. Memang salah. But as i said before, bila dah tak tahan sangat dah, tu yang depa bagi balik la puak-puak tu ...


Hmmmm ... itulah bola Malaysia. Meriah.


**ghempang = mai dok tunjuk megah / eksyen / konon kuat


.

Bomba pun ada ...



Bodo. Ni baru belajaq p stadium la ni. Muka pun kanyiaq lagi.



Sori cakapla. Aku cukup cemuih lembu hat dok bawak mesej politik dalam sukan ni. Tak kira la PAS ka, BN ka, PKR ka, DAP ka
 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 11:09 AM, | Ada 1 orang dok mai pot pet sekali

Lagi mau gaji RM800

Saturday, November 07, 2009
Semalam. Hari Jumaat. 6/11/09. Sebelum gua teruskan, gua nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat adik gua, Angah yang menyambut besday yang ke 2* hari Jumaat tu. Semoga murah rezeki, panjang umoq dan panjang akai (ke arah kebaikan). Hehe.

Ok kita teruskan. Semalam, gua selamat dah hantaq maid gua balik ke Indon. Sebabnya? Dia dapat panggilan kata mak dia sakit tenat. Walaupun belum cukup tempoh kontrak, gua bagi jugak dia balik. Kira baikkan gua ni?

Gua kasi nak balik. Memang gua baik. Tapi gua hantar balik teruslah. Gua tamatkan kontrak dia. Dia merayu. Katanya jangan diterminate lagi. Seronok kerja di rumah bapa sama ibu. Dia minta bagi dia cuti saja (tanpa gaji). Dia akan datang balik lepas tengok mak dia. Mungkin sebulan atau dua bulan. Itu janji dia.

Wifey tak setuju dengan rayuan dia. Gua pun. Lepas bincang dengan wifey, kami sepakat untuk hantaq terus dia pulang. Senang cerita.

Banyak sebab kami buat macam tu.

Paling penting sekali, gua tak percaya dengan diaorang. Sedang sedara mara sendiri pun kalo berjanji boleh mungkir. Mana bisa gua nak percaya dengan orang yang semacam itu.

Nanti cakap nak cuti sebulan (atau dua bulan), tup tup cuti terus. Lagi kacau gua dibuatnya. Nak kena buat report polis, nak kena turun naik Imigresen. Kena denda lagi. So jalan yang termudah dan terselamat, gua terminate je. Tambahan pula, dalam tempoh sepeninggalan dia pun, gua rasa nanti InsyaAllah kami boleh sesuaikan diri dengan ketiadaan maid.

Insyallah kalo tak seminggu, mungkin 2 minggu, kalau tak 2 minggu mungkin sebulan. Lama-lama biasa la hidup tanpa maid. Qaseh dan Thaqif pun InsyaAllah kami boleh handle sebab sebagai ibu bapa, kami boleh la jugak predict / arif sedikit sebanyak perangai depa berdua. Nak buat lagu mana kan. Itula rezeki orang yang anak rapat2. Hehe. Lagipun, Wifey bukan kerja. Maid yang gua amik ni hanya betul2 sebagai pembantu rumah. Bukan pengasuh. Ada la tukaq2 lampin / mandikan sekali sekala bila wifey tak menang tangan sebab dua-dua nangis serentak. Patutla dia kata seronok kerja rumah gua.

Apa yang penting di sini, tolak ansur kedua-dua pihak, sepecially gua yang bekerja. Walaupun bekerja, lepas ni gua takbleh la balik rumah terus rilek ja sebab kerja2 rumah dah diberes oleh maid. Kan? Kena la tolong sedikit sebanyak. Dont worry my wife, Gua berjanji yang gua akan berkompromi dan tolong menolong demi menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga kami, InsyaAllah. Chewah ayat.

Owh ya.

Lepas hantar maid gua di airport Bayan Lepas (mengada takmau naik tongkang balik kampung, tapi gasakla kan duit gaji dia), gua dgn wifey terlajak pula ke Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar. Tak jauh dah dari airport. Dalam 20 minit perjalanan. Tapi kalao terlajak ke Balik Pulau, 20 minit boleh jadi 2 jam.

Apa lagi, pekena Mee Udang la. Tamau cakap banyaklah. Hanya gambar ini menjadi saksi.
Terbaik. Alhamdulillah. Allah Taala yang masih berikan kesempatan untuk merasa makanan sebegini untuk kami sekeluarga.


Tadak pun udang? Tipu ka?


Ada ... kena selak mee tu dulu.


Ni namanya "ada udang di sebalik mee"


Hoh ini macam pinggan pun bleh masuk mulut.
 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 2:30 PM, | Ada 2 orang dok mai pot pet sekali

92 tahun dah ....

Wednesday, November 04, 2009
Dalam kita melayan apa yang terjadi di Malaysia, jangan kita lupa langsung bahawa 2 hari lepas (2 Nov 2009) merupakan tahun ke 92 British melalui rancangan jahat Lord Arthur Balfour telah menyerahkan tanah Palestin kepada anjing-anjing Yahudi untuk dijadikan tempat tinggal mereka melalui apa yang dipanggil Deklarasi Balfour.





Sejarah menjadi pengajar dan guru pada kita. Sejarah bukan sekadar menghafal tarikh, nama tokoh, tempat tapi lebih daripada itu. Sejarah membentuk sahsiah. Jati diri. Dan sejarah juga boleh berulang. Tak mustahil, apa yang terjadi di Palestin boleh berulang di bumi Malaysia.
 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 9:37 AM, | Ada 0 orang dok mai pot pet sekali

Pasai apa aku cemuih tengok CSI?

Tuesday, November 03, 2009
Yes.

I hate CSI. Dalam Bahasa Melayu utara, aku cemuih tengok CSI. Tak kelapaq. Nak tau pasai apa? Ha klik la kat gambaq bawah ni. Jangan lupa besarkan dia.




Owh ya. Sehari dua ni kecoh kes penangkapan ex-Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin atau dikenali Dr MAZA. Beliau ditangkap oleh JAIS (bukan Ahmad Jais) kononnya memberikan ceramah tanpa tauliah. Beliau dah dibebaskan kelmarin.

Wuih JAIS ni memang bertauliah. Kalo bab tauliah cepat saja pakat p cekup. Apa Rasul Melayu ajaran Kahar tu ada tauliah ka sampai dah beranak pinak baru hangpa nak tangkap? Tu bukan takat tadak tauliah, tapi dah sesat lagi menyesatkan. Awat dalam kes ni hangpa lembab dan dungu sangat JAIS? Tu hat org Islam belambak dok togok arak kat disko-disko tu. Ada tauliah minum arak ka? Aiyyoooo...tauliah tauliah tauliah.... Dr Juanda (Mufti Perlis sekarang menggantikan Dr Asri) pun kata yang menatang tauliah tauliah ni adalah warisan penjajah.

Bila dengaq kes ni, satu ja ayat terlintas dalam hati aku: Pala hotak hangpa la JAIS weh.
 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 11:28 AM, | Ada 1 orang dok mai pot pet sekali

Monday, November 02, 2009
Singa Utara tumbang di tangan Red Warrior. Dah tersurat yang perjalanan Sang Singa hanya setakat ini. 1-3 kena pukoi di Kangaq. 1-5 jumlah keseluruhan aggregat. Tahniah Red Warriors. Semoga impian nak menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah kesultanan Kelantan akan berjaya. Lawan yang ditunggu adalah tak lain tak bukan, pasukan Jang Hoben.

Bagi Sang Singa, tahniah gua ucap pada player.

Dengan gaji pemain yang dok tertunggak-tunggak,
Dengan pengurusan pasukan yang caca merba dan gila kuasa,

Menjadi Naib Juara Liga Super 2009 serta layak ke Separuh Akhir Piala FA dan juga Separuh Akhir Piala Malaysia ni pun bagi gua satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Dah rezeki takat tu.
 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 3:51 PM, | Ada 0 orang dok mai pot pet sekali

Down Memory Lane

Thursday, October 29, 2009


(Standing L-R)Cikgu Azizah, Cikgu Kam, Arwah Mama, Cikgu Fairus
(Sitting) Cikgu Aishah

Surf sana surf sini, jumpa gambaq arwah Mama dulu2 di SMD di "mukabuku" Cikgu Azizah. Terima kasih cikgu Azizah.

Sebak. Tiba-tiba teringatkan mama. Isk.

Betoi kata org tua-tua, kasih ibu membawa ke sorga. Alfatihah kat mama.

Oh ya ... hari ni juga besday Qaseh Karmila, anak sulung gua yang ke-2. Isk pejam celik rupanya dah 2 tahun dah domok domok baba ni ha ... apa2 pun Happy Besday My Dearie Domok Domok Baba. Baba sayang semua !





 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 9:30 AM, | Ada 0 orang dok mai pot pet sekali

Wednesday, October 28, 2009
Separuh akhir pertama di Kota Bharu

Kelantan 2
Perlis 0

Takpa, pusingan kedua ada lagi hari Sabtu ni. Insyallah kalo ada rezeki, boleh buat comeback. Sejarah tahun 2006 menentang Perak telah membuktikan yang Peghelih berjaya bangkit dari ketinggalan dan layak ke Final tahun 2006 di Std Ipoh.

Semangat ni nak balik tengok Sabtu ni. Hins Hins
 
pot pet pot pet oleh Hambali ® pada 8:32 AM, | Ada 1 orang dok mai pot pet sekali